1. Aku
fikir beramal dengan mazhab Ahlu l-Bait AS diberi ganjaran yang sewajarnya di
samping mendapat kebersihan jiwa tanpa sebarang syak. Apatah lagi ramai di
kalangan ulama Ahlus Sunnah yang terdahulu dan sekarang telah memberi
fatwa-fatwa mereka tentang keharusan berpegang kepada mazhab Syi'ah Ja'fariyyah
seperti sahabat kami Syaikh al-Akbar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah
mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu
l-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l-Madhahib
al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam,
yang berpusat di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
"Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun
di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untukmengikuti salah
satu mazhab yang manajua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan
menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan
teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang
dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu
di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang
lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya
itu....."
Kemudian
dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan
sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap
orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti jgua
mazhab-mazhab yang lain...."
"Kaum
Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari
kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa
berasaskan kebenaran...."
2.
Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di
waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan kami bahawa mazhab Ahlu
l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para
imam Ahlu l-Bait AS dasn daripada datuk mereka Rasulullah SAWAW daripada
Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain
sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
3. Wahyu
telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui
dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang
berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan
mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
4.
Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menyokong dakwaan kami dan kami akan
menerangkannya kepada kalian nanti.
5. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi SAWAW yang
menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan
Syi'ah. Sila lihat buku kami Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah
dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah -
Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ianya akan memuaskan hati anda jika anda
orang yang insaf. Jiika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda
sendiri.
No comments:
Post a Comment