![]() |
| Syiah Adalah Golongan yang Berjaya |
Sebab
kejayaan golongan ini di samping apa yang telah disebutkan, ialah
keistimewaannya daripada semua golongan Islam sebagaimana sabda Nabi SAWAW yang
bermaksud:"Umatku akan berpecah kepada 73 golongan semuanya ke neraka
melainkan satu golongan sahaja."
Kita
dapati bahawa umat Islam semuanya mengucap: La-illaha illa lah Muhammadun
Rasulullah. Sekiranya kita berkata: Semuanya berjaya, nescaya kita
membohongi hadith ini. Dan jika kita berkata: Semuanya binasa, nescaya kita
membohongi hadith tersebut. Lantaran itu golongan yang berjaya ialah golongan
yang berpegang kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAWAW. Dan dalil kejayaannya ialah
wujudnya dalil-dalil daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWAW dikedua-dua pihak
Sunnah dan Syi'ah.
Lantaran
itu golongan yang berjaya mesti mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh
semua golongan iaitu al-Wila' (mewalikan Ahlu l-Bait AS) dan al-Bara'
(membersihkan diri dari musuh Ahlu l-Bait AS). Mereka juga percaya kemaksuman
para imam mereka.
Dengan
nama Tuhan wahai pembaca yang insaf, mulia dan mukmin. Adakah dikatakan kepada
orang seperti itu kafir, musyrik, murtad dan halal darah mereka? Dikaitkan
kepada mereka dengan segala tohmahan yang penuh dengan kebatilan,pembohongan
yang diciptakan dan kata-kata yang bohong dan keji sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Hajr al-Haithami, al-Qusaimi, al-Hafnawi,
Musa Jarullah, Ahmad Amin, al-Jabhani dan lain-lain.
Begitu
juga dengan Syaikh Nuh yang telah memberi fatwa kekafiran Syi'ah, pembunuhan
mereka, perampasan harta mereka dan lain-lain. Dia mengakhiri fatwanya yang
panjang dengan kata-katanya: Sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Lihatlah
fatwanya yang ditulis oleh Imam Syarafuddin di dalam bukunya Fusul al-Muhimmah2 bab
sembilan.
Tidakkah
anda mengetahui wahai pembaca yang budiman apakah dosa Syi'ah? Adakah
disebabkan mereka tidak mengiktiraf khilafah selain dari para imam mereka atau
kerana mereka berkata: Khilafah adalah untuk mereka dari awal kerasulan
Muhammad SAWAW hinggalah keakhirnya dunia. Maka dengan nama Tuhan kalian
katakanlah: Adakah dosa ini menyebabkan kekafiran dan kemurtadan? La haula
wala Quwwata illa bi llah.
Selepas
kajian yang mendalam, kami dapati bahawa bilangan Syi'ah hari ini lebih
daripada seratus juta. Dan jikalaulah mereka tidak menghadapi pembunuhan,
permusuhan daripada musuh-musuh mereka, serta berbagai-bagai kezaliman dan
tekanan sepanjang abad-abad yang lalu, nescaya bilangan mereka hari ini
sekurang-kurangnya seribu juta. Mereka berkembang di seluruh pelusuk dunia,
timur dan barat, utara dan selatan.
Kebanyakan
mereka berada di dalam negara-negara Islam. Mereka menyebarkan dakwah Islam
menurut mazhab mereka. Mereka telah melakukan perkhidmatan yang besar di mana
orang-orang Islam bermegah dengan khidmat mereka. Buku-buku mereka melimpahi dunia
sehingga tidak terhitung banyaknya. Untuk tujuan ini lihatlah buku al-Dahri'ah
ila Tasanif al-Syi'ah karangan Syaikh Bazrak al-Tahrani. Dan ini merupakan
sebahagian kecil daripada senarai buku-buku tersebut.
Di
kalangan Syi'ah terdapat para ulama Islam, Fuqaha', Failasuf dan ahli-ahli
fikir. Sultan-sultan, menteri-menteri, sasterawan-sasterawan, penyair-penyair,
penulis-penulis, pakar-pakar ilmu bintang, matematik, falak, arkitek-arkitek,
doktor-doktor, ahli-ahli seni dan lain-lain. Mereka memenuhi bumi Allah yang
luas dengan ilmu dan amal. Mereka mempunyai pusat-pusat pengajian tinggi,
masjid-masjid yang besar yang dipenuhi oleh orang-orang yang datang
bersembahyang, baik di Timur mahupun di Barat. Sebagai contoh Imam al-Akbar
al-Sayyid Abu l-Hasan al-Musawi al-Asfahani (RH) telah membina masjid-masjid
dan madrasah-madrasah di merata tempat di dunia. Begitu juga al-Imam
al-Burujurdi (RH) telah menghantar pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia dan
membina masjid-masjid di Amerika, Jerman, London dan Paris. Adakah anda
benar-benar mengenali Syi'ah wahai pencaci?
Apa yang
mendukacitakan ialah kami tidak dapati di dalam buku-buku sirah, dan sejarah di
kalangan Ahlus Sunnah selain daripada cacian, malah pengkafiran terhadap Syi'ah
secara terang-terangan. Kenapa? Sebabnya kerana mereka (Syi'ah) adalah
Musyrikin! Begitulah ditulis di dalam buku al-Sawa'iq am-Muhriqah (petir-petir
yang membakar) oleh Ibn Hajr al-Haithami. Semoga Allah membakar penulisnya di
akhirat kelak.
Jika
dikatakan kerana mereka tidak hadir sembahyang juma'at dan jama'ah, ini adalah
tuduhan yang besar. Adakah harus mengkafirkan muslim yang meninggalkan juma'at
dan jama'ah wahai Muslimun?

No comments:
Post a Comment