Sebagaimana kalian telah mengetahui bahawa dalil-dalil yang kuat dan
hujah-hujah yang terang terdapat di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah
tentang kebenaran berpegang kepada mazhab Ja'fari kerana ianya merupakan
salsilah keemasan yang tersusun rapi dan tidak dapat dipisahkan sebagaimana
firmanNya dalam (Surah al-Baqarah (2): 256 yang bermaksud:"Tidak ada
paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang
benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada
Thaghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus."
Sebagaimana sebuah hadith muktabar yang diriwayatkan oleh Ali AS
daripada Nabi SAWAW bersabda:"Kamilah al-Urwah al-Wusthqa (buhul
tali yang amat kuat)."
Di dalam riwayat yang lain beliau bersabda:"Kamilah al-Sirat
al-Mustaqim kamilah subul jalan-jalan kepada Allah."
Contoh-contoh hadith seperti ini adalah banyak. Semuanya menjelaskan kepada
kita sabil (jalan) untuk berpegang kepada mazhab Syi'ah. Maka kami menerimanya
dengan penuh kegembiraan kerana inginkan kejayaan dan kemenangan di akhirat
kelak. Semoga Allah juga memberi petunjuk kepada kalian.
Sebagaimana seorang penyair bernama al-Kumait berkata dalam puisinya:
"Aku adalah Syi'ah Ahmad
dan mazhabku adalah mazhab al-Haqq.
Imam Syafi'i berkata: Manakala aku melihat
manusia berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan
kejahilan.
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera
kejayaan mereka adalah Ahlu l-Bait al-Mustafa.
dan penamat segala Rasul
Aku berpegang kepada tali Allah dengan
mewalikan mereka sebagaimana Dia memerintahkan kita berpegang kepada taliNya.
Telah berpecah di dalam agama tujuh puluh
golongan lebih sebagaimana tercatat di dalam hadith.
Semuanya tidak berjaya kecuali satu golongan
maka katakanlah kepadaku mengenainya wahai orang yang mempunyai fikiran dan
akal.
Adakah golongan yang binasa itu Ali Muhammad?
atau golongan lain yang berjaya? Katakanlah
kepadaku.
Sekiranya anda berkat mengenai orang-orang
yang berjaya, maka jawapannya ialah satu (keluarga Muhammad dan
pengikut-pengikutnya).
Dan sekiranya anda berkata tentang golongan
yang binasa nescaya anda tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Dan sekiranya maula mereka adalah
daripada mereka (Ahlu l-Bait AS) maka sesungguhnya aku telah meredhai mereka
dan sentiasa berteduh di bayangan mereka.
Kalian tinggallah Ali untukku sebagai Wali
dan Keturunannya.
Dan kalian termasuk orang-orang yang tinggal
di dalam kesenangan (abadi di akhirat kelak).
Dan dia berkata lagi:
Jikalau anda ingin mencari untuk diri anda
satu mazhab yang akan menyelamatkan anda di hari kiamat daripada jilatan api
Maka tinggallah pendapat Syafi'i dan Malik
dan Ahmad dan apa yang diriwayatkan oleh Ka'ab Ahbar
Maka perwalikanlah orang-orang dimana
kata-kata dan percakapan mereka telah diriwayatkan oleh datuk kami daripada
Jibra'il daripada Allah SWT."
Dan aku akan kemukakan kepada anda kelebihan-kelebihan al-itrah
al-Tahirah dari buku-buku rujukan saudara-saudara kami Ahlus Sunnah di dalam
buku ini nanti Insya Allah.
No comments:
Post a Comment