Apabila kami mengisytiharkan bahawa kami telah berpegang kepada mazhab
Syi'ah, maka ianya tersebar cepat ke seluruh negara. Orang ramai mulai
berpegang kepada Syi'ah, secara kumpulan dan ada yang secara individu. Pada
masa itu beberapa kumpulan yang menentang mazhab Ahlu l-Bait AS kerana
kejahilan mereka mengenai mazhab tersebut, menjadi musuh kepada apa yang mereka
tidak tahu. Lantaran itu mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan serta
layanan yang keji terhadap kami di mana kami merasa mahu untuk menyatakannya
disebabkan kekejiannya.
Sesungguhnya kebanyakan daripada mereka menghukum kami dengan kekafiran,
dan kemurtadan.5 Lantaran itu kami menentang tuduhan
mereka. Lalu mereka menggalakkan orang-orang yang bodoh mereka Sufaha'u-hum
menentang kami. Mereka juga menggalakkan kanak-kanak mereka supaya menyakiti
kami dengan kata-kata keji dan melontar kami dengan batu seraya berkata kepada
kami: Wahai penyembah al-Qarmidah. Mereka maksudkan: Wahai penyembah
turbah Husainiyyah. Mereka mulai mengingatkan orang ramai melalui mimbar-mimbar
masjid tentang "pergaulan kami" dengan tuduhan kekufuran dan
kemurtadan. Mereka memotong mata pencarian kami. Sekiranya kami mahu menyewa
rumah untuk didiami, mereka akan datang kepada tuannya dan mengugutnya pula
seraya berkata: Mereka itu adalah Musyrikun. Mereka mencaci sahabat. Jangan
sekali-kali anda menyewakan rumah anda kepada mereka. Dan jikalau anda
menyewakannya, nescaya kami akan menyakiti anda."
Ianya sungguh menghairankan seolah-olah kami telah keluar dari agama
Islam dengan berpegang kepada mazhab ahlu l-Bait AS. Begitu juga dengan
sekumpulan syaikh-syaikh di Halab, mereka telah menubuhkan persatuan yang
mereka namakan "Persatuan dakwah Muhammadiyyah ke jalan yang lurus."
Seorang daripada mereka bernama Amin Airudh telah mengarang sebuah buku dengan
nama persatuan tersebut. Dia menulis di dalam kata-kata yang keji bagi
menentang kami di antaranya:" Tasyayyu' telah berkembang di seluruh Halab
di tahap yang menakutkan. Justeru itu kami menentang golongan tersebut."
Ia telah menjadi riuh rendah kemudian ia padam kerana suara kebenaran menjadi
tinggi menjulang dan suaranya sentiasa kedengaran sehingga ia berkembang dengan
pesat, sehingga tidak boleh didiamkannya oleh gegaran.
Walau apapun terjadi kami tetap cekal seperti gunung yang kukuh, tidak
dapat digerakkan oleh ribut taufan. Kerana kami berpegang kepada kebenaran.
Kami menyeru kepada jalan Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik dan
berbincang dengan cara yang lebih baik dan perkataaan siapakah yang lebih baik
daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal salih dan
berkata:"Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang
Islam."Sesungguhnya Allah telah menolong kami menghadapi mereka dengan
berkat Ahlu l-Bait AS. Sebenarnya merekalah yang gagal dan rugi, malah
"perbuatan" mereka di hari kiamat nanti akan dibalas.
No comments:
Post a Comment