![]() |
| 4 Mazhab |
Selama lima belas tahun kami mengkaji
tentang perselisihan (Khilaff) di kalangan empat mazhab. Aku dan saudaraku
Ahmad merasai suatu kepelikan kerana kami dapati perselisihan berlaku di dalam
satu masalah di dalam mazhab yang sama. Lebih-lebih lagi perselisihan yang
berlaku di antara satu mazhab dengan tiga mazhab yang lain. Sehingga kami
dapati satu mazhab menghalalkan satu masalah sementara mazhab yang lain pula
mengharamkannya. Begitu juga satu mazhab mengatakan ianya makruh sementara
mazhab yang lain pula mengatakan ianya sunnat. Begitulah seterusnya. Sebagai
contoh Syafi'i berpendapat bahawa menyentuhi perempuan ajnabi membatalkan
wudhuk sementara Hanafi berpendapat ianya tidak membatalkan wudhuk.
Malik pula berpendapat bahawa sentuhan
jika dengan syahwat atau sengaja membatalkan wudhuk. Jika tidak maka ia tidak
membatalkan wudhuk.
Syafi'i
mengharuskan seseorang mengahwini anak perempuan zinanya, sementara Abu
Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal mengharamkannya.
Hanafi
berpendapat bahawa sedikit darah yang keluar dari tubuh badan adalah
membatalkan wudhuk. Sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ianya tidak
membatalkannya.
Hanafi
berpendapat bahawa wudhuk harus dilakukan dengan Nabidh (air kurma umpamanya)
dan susu yang bercampur dengan air. Sementara tiga lagi berpendapat ianya tidak
harus.
Malik
berpendapat bahawa memakan daging anjing adalah harus. Sementara yang tiga lagi
berpendapat bahawa ianya tidak harus.
Syafi'i
berpendapat bahawa memakan daging serigala (Tha'lab), daging musang (dhab') dan
daging belut (jar'y) adalah harus. Sementara Abu Hanifah berpendapat bahawa
memakannya adalah haram.
Syafi'i
berpendapat bahawa landak (qunfuz) adalah halal sementara yang tiga lagi
berpendapat ianya haram. Dan banyak lagi perselisihan-perselisihan yang berlaku
di kalangan mereka bermula dari bab fiqh hinggalah ke akhirnya.
Subhanallah!
Adakah syariat Islam itu tidak lengkap sehingga mereka melengkapinya dengan
perselisihan di kalangan mereka? Satu mazhab menghalalkannya, dan satu lagi
mengharamkannya. Sementara yang lain pula mengharuskannya dan yang lain pula
berpendapat sebaliknya.
Perhatikanlah
bagaimana Syafi'i telah menyusun mazhabnya yang lama (Qadim) dan
menyebarkannnya di kalangan kaum Muslimin di Iraq, Hijaz, Yaman, dan Syria.
Kemudian dia berpindah ke Mesir kerana sebab-sebab tertentu. Di sana dia
bergaul dengan orang Maghribi dan mengambil ilmu daripada mereka. Lalu dia
berpindah dari mazhabnya yang lama dengan menyusun mazhabnya yang dia
menamakannya dengan mazhab jadid (baru). Sehingga beberapa masalah sahaja
tinggal pada mazhabnya yang pertama.
Aku
berkata: Sekiranya mazhab pertamanya betul kenapa dia mencipta mazhab yang
kedua dan sebaliknya. Begitu juga kita perhatikan Abu Hanifah memberi
pendapatnya di dalam satu-satu masalah, murid-muridnya, Abu Yusuf, Muhammad dan
Zufar menyalahinya. Kadangkala seorang daripada mereka sependapat dengannya.
Sementara dua lagi menyalahinya. Atau ketiga-tiga menyalahinya atau bersetuju
dengannya. Begitu juga Malik dan Ahmad bin Hanbal, perselisihan berlaku di
kalangan mereka dalam semua masalah dan ia tentu sekali membuatkan kita
berada di dalam keraguan.

No comments:
Post a Comment