![]() |
| Wahabi |
Kami
mendengar daripada orang Wahabi bahawa mereka melaksanakan hukum hudud dan
hukum-hukum syarak yang lain dengan sepenuhnya.
Akhirnya
kami berpindah ke Hijaz dan bersahabat dengan mereka beberapa kali. Tetapi
sayangnya kami dapati berita-berita yang telah sampai kepada kami dahulu dari
Hijaz adalah bertentangan dengan hakikat sebenar. Kerana Wahabi adalah lebih
membahayakan Islam daripada yang lain. Mereka telah mengkaburkan imej Islam
dengan perbuatan-perbuatan dan fatwa-fatwa ulama mereka serta layanan mereka
yang jahat terhadap itrah tahirah dengan merosakkan makam-makam
mereka. Malah mereka telah mencuba untuk merosakkan makam Nabi yang suci SAWAW.
Tetapi ianya ditentang oleh kebanyakan Mukminin di Timur dan di Barat. Justeru
itu mereka tidak melaksanakannya kerana takut fitnah dan pemberontakan.
Perhatikanlah fatwa-fatwa mereka yang pelik. Wahabi berkata:
"Apabila seorang haj atau seorang meletakkan tangannya di atas
kubur, maka dia adalah musyrik (Dia dihampiri oleh seoran gpolis Saudi seraya
berkata: Angkatlah tangan anda wahai musyrik). Dan apabila seorang memegang
kubur atau mengucupnya, atau mengambil berkat dengannya, maka dia adalah
seorang musyrik (polis akan memukulnya dan menengkingnya sambil berkata
kepadanya: Jangan anda melakukannya wahai musyrik).
Demikianlah
di antara fikiran-fikiran cetek yang tidak sejajar dengan syariat Islam yang
mulia malah ianya mentertawakan. Di dalam khutbah-khutbah, mereka mengkeji
amalan suci tersebut dengan perkataan: Wahai musyrik, wahai kafir, itu adalah
pada peringkat pertama jika tidak, darahnya halal dan ia wajib dibunuh
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Wahabi di Hijaz, di Iraq, dan lain-lain.
Apakah pendapat kalian wahai kaum Muslimin di Timur dan di Barat tentang mazhab
kotor yang baru direka yang menentang Islam hakiki dan Muslimin selain daripada
mereka? Maka kepada Engkaulah wahai Tuhan rayuan kami terhadap mereka.
Ringkasnya,
apabila kami telah melihat perlakuan-perlakuan mereka, maka kamipun kembali ke
negara kami. Dan meneruskan kerja kami dahulu. Maka berpanjanganlah keadaan
kami sehingga bila wahai Tuhanku?
Disebabkan
kami sentiasa di dalam keadaan syak kepada apa yang kami lihat tentang
perselisihan-perselisihan yang berlaku di kalangan mazhab empat bersama mereka
sendiri. Kemungkinan ia adalah di antara sebab-sebab yang membawa kepada
terjalinnya hubungan kami dengan golongan Syi'ah.

No comments:
Post a Comment